Baca Puisi Makan Durian Bergulai Pelanduk

Oleh Roslan Madun

Peserta FSIGB berfoto bersama Datuk Rida K Liamsi di Pulau Penyengat

Pertama kali bersua muka, Pak Rida @ Dato’ Sri Lela Budaya Rida K Liamsi datang ambil saya di Masjid Kota Tanjungpinang. Sejak itu kami sering berhubung melalui whatsapp. Pak Rida ni kalau di Malaysia sama taraf dengan Sasterawan Negara. Karya/bukunya banyak berbagai genre. Kekuatan dia ialah novel sejarah. Pak Rida ini kelebihannya kerana dia adalah pemimpin NGO berkaitan sastera dan seni budaya.

Sudah tiga antologi puisi yg saya turut menyumbang karya. Pak Rida akan whatsapp saya jika ada program sastera di Tanjungpinang, dan saya pasti datang. Sebagai tuan punya surat khabar di Riau, Pak Rida mempunyai rangkaian/keluarga besar dalam dunia sastera.

Festival Sastra Internasional Gunung Bintan tahun kedua ini adalah kesinambungan dari begitu byk kegiatan sastera yg beliau jadi orang pangkal. Tengok saja Anugerah Jembia Emas yg diberikan kepada penulis sudah masuk tahun keempat. Ini satu usaha yg bukan kepalang besar maknanya kepada sasterawan Indonesia khususnya Tanjungpinang.

Malah kali ini Pak Rida turut membawa Presiden Persatuan Penulis Indonesia, Sutarji Calzoum Bachri ke festival ini, di samping nama-nama besar lain bukan saja dari seluruh pelusuk Indonesia, tapi termasuk negara-negara serumpun terurtama Malaysia.

Rata-rata kami peserta dari Malaysia menganggap festival sastra kali ini sangat luar biasa. Bak kata seorang penulis Malaysia “kita tak mampu nak anjur festival sastera sehebat ini…mana dia orang dpt biaya ye?” saya hanya senyum. Dalam berseloroh saya jawab “Pak Rida ni kalau dia sorang-sorang pun mampu buat” alasannya saya tak nak sebutlah di sini. Tapi saya memang tahu latar belakang Pak Rida yg sgt komited terhadap sastera.

Baca Juga :  Semua Harus Terukur dan Jelas

Festival sastra 2019 ini memang grand. Setiap hari peserta dilayan dengan layanan yang sangat istimewa. Terlibat dgn malam pembukaannya saja, saya dah teruja. Penuh warna warni dan mesra sengguh. Gubenur pun dtg dan baca puisi, tu antara yg istimewanya. Makan siang dan malam memang sedap sungguh.

Malam pertama yg indah itu dimulakan dengan bacaan doa Muhammad Febriyadi yg segar, diikuti penganugerahan Jembia Emas, acara baca puisi mlm pertama terhad yang ditampilkan, dari Malaysia saya dgn Saleeh Rahamad presiden pena saja tersenarai. Disebabkan ada penyair yg tersenarai tak dtg, saya minta laluan utk Dato Tamimi nyanyi sebuah lagu. Jadi, kami bertiga saja dari Malaysia. Sebelum acara pembukaan, kami disajikan makan malam yg sungguh sedap di restoran di kaki jambatan Dampak, jambatan yg panjangnya hampir 1 kilometer.

Baca Juga :  Kantor Camat dan Puskesmas Ungar Diresmikan, Ini Harapan Rafiq

Seminar pada 29 Oktober pagi, berpaksi tentang pantun. Pembicara dari Malaysia ialah Dr. Saleeh Rahamad dan Dr. Haryatie Abd Rahman. Pemakalah lain ialah Abdul Hadi W.M, Mu’jizah, Abd Malik, Maman S. Mahayana dan Taufik Ikram Jamil.

Pak Rida dah atur supaya dua ratus lebih peserta itu semua dpt tampil baca puisi di malam berikutnya. Malam kedua kami dihidang dengan asam pedas ikan keli, di tepi pantai yg didirikan pentas comel utk baca puisi selepas makan. Malam itu 30 orang tampil baca puisi.

Malam ketiga kami dijamu dengan gulai pelanduk dan durian yg dibawa dari Aceh, Medan dan sekitar Riau kerana di Tanjungpinang musim durian dah habis. Bersungguh-sungguh betul Pak Rida menunaikan janji utk buat baca puisi makan durian. Lebih teruja mlm itu sebab kami juga dijamu dgn kopi sekanak yg memang enak tak ada di tempat lain. Tempat kami baca puisi tu pula ialah tempat pernikahan Sultan Mahmud.

Acara siang di Pulau Penyengat Indera Sakti pula sangat menarik. Di Balai Adat diadakan baca puisi selepas makan tengahari jamuan secara tradisi sungguh istimewa. Pendek kata, jamuan makan siang dan makan malam memang sangat istimewa cara orang Melayu berhidang.

Baca Juga :  Mantul, Pembangunan Kebudayaan Riau di Atas Angka Nasional

Sebahagian peserta dari Malaysia ternasuk saya, tidak dapat ikut acara pada hari keempat. Kami terpaksa pulang kerana ada acara di KL yang sudah confirm. Membaca laporan dari grup whatsapp dan melihat foto dan video, majlis penutup hari keempat itu memang meriah dan warna warni.

Persembahan kesenian Melayunya sangat menarik. Pak Rida memang menjaga festival ini supaya keindahan budaya Melayu itu terjaga dengan baik. Berada di sini memang terasa betul Melayunya. Hampir semua peserta memakai tanjak dan perbualan berkisar tentang sejarah Melayu yang hebat di sini.

Itulah sebabnya walaupun saya sudah berkali-kali datang ke sini, tapi saya tidak pernah rasa jemu. Datang ke sini macam balik ke kampung sendiri. Tahniah setinggi-tingginya kepada Pak Rida dan team dengan kejayaan luar biasa ini. Festival ini telah berjaya mengangkat sastera lisan khususnya ke tahap tinggi. Maka tepatlah tajuk festival ini dengan nama FESTIVAL SASTRA INTERNASIONAL GUNUNG BINTAN.

Soalan saya : bagaimana Pak Rida mampu mencari dana begitu banyak untuk menganjurkan festival ini? Yang inilah ingin saya pelajari.

Roslan Madun penulis Malaysia, Kajang Selangor
1.11.19

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

Check Also

Close